



Pada 7.7.2008 jam 11.00 malam, SK Pengkalan Baharu telah dilanda banjir. Bangunan yang menempatkan pejabat, PSS dan kelas tahun 6 serta tahun 1 telah dinaiki air. Operasi pembersihan telah dijalankan secara gotong-royong pada pagi 8.7.08. Banjir ini telah mengakibatkan kerosakan barang-barang serta buku-buku PSS dan juga buku SPBT yang ditempatkan di PSS kerana ketiadaan bilik BOSS.