Selamat Datang

Blog PSS SKPB

Wednesday, October 8, 2008

Sambut Merdeka ke-51











Aktiviti-aktiviti Sambut Merdeka ke-51 ...... PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Friday, August 22, 2008

Bulan Membaca 2008




Pertandingan Penglipurlara telah diadakan sempena Bulan Membaca 2008.

PSS SKPB dilanda banjir




Pada 7.7.2008 jam 11.00 malam, SK Pengkalan Baharu telah dilanda banjir. Bangunan yang menempatkan pejabat, PSS dan kelas tahun 6 serta tahun 1 telah dinaiki air. Operasi pembersihan telah dijalankan secara gotong-royong pada pagi 8.7.08. Banjir ini telah mengakibatkan kerosakan barang-barang serta buku-buku PSS dan juga buku SPBT yang ditempatkan di PSS kerana ketiadaan bilik BOSS.

Monday, May 19, 2008

Minggu PSS 2008

Murid-murid sedang 'Meneroka Alam Dinasor' menggunakan cermin mata ajaib.






Murid-murid sedang beratur untuk membeli tiket 'Meneroka Alam Dinasor'









Minggu PSS telah berlangsung pada 12 Mei 2008 hingga 16 Mei 2008. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu tersebut. Antaranya, Pertandingan Mencari Maklumat, Meneroka Alam Dinasor dan Tayangan Video. Di samping itu, pengunjung yang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah yang telah disediakan.





















Sunday, May 18, 2008

ANUGERAH NILAM


Nurul Husna Durar Bt Noor Suhaimi dari Tahun 5 telah berjaya mencapai Anugerah NILAM.

Majlis Pelantikan Pengawas




Saturday, April 5, 2008

Majlis Tilawah Al Ouran Peringkat Zon B Kinta Selatan


SK Pengkalan Baharu telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al Ouran Peringkat Zon B, Kinta Selatan pada 26 Mac 2008 yang lalu.

Peserta dari SK Pengkalan Baharu telah memenangi tempat pertama dalam acara Bercerita Kisah Nabi bagi kategori Lelaki. Manakala dalam acara Bercerita Kisah Nabi bagi kategori perempuan, telah mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Pada 21 Mac 2008, majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan ini bertujuan untuk memperingati sirah junjungan Nabi Muhammad saw di samping menjadikan baginda sebagai contoh terbaik dalam melalui kehidupan di dunia ini.

Majlis sambutan dimulakan dengan membaca yasin, perhimpunan dan perarakan serta diakhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fazli.

Sunday, March 23, 2008

Kejohanan Olahraga Kali ke-23


Pada 02 Mac 2008, SKPB telah mengadakan acara Kejohanan Olahraga Kali ke-23. Kejohanan Olahraga kali ke-23 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Saidi Bin Ngah Abd Said, Timbalan PPD Kinta Selatan (Pengurusan Akademik-Bahasa). Acara berlangsung dalam suasana yang meriah.

Majlis Persaraan Guru Besar


Pada tanggal 18 Januari 2008, SKPB mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar, Puan Hajah Fatonah Bt Soead.

Wednesday, January 9, 2008

Hari Pertama Sekolah



Selamat datang diucapkan pada murid-murid tahun 1 dan murid-murid pra sekolah ke alam persekolahan.